LAYAN DIRI

Ahad, 1 Ogos 2010

INGATKAN ORANG MELAYU SAHAJA MAKAN RASUAH

Puteri lama tak menulis kerana puteri demam kura. Sekarang orang tukar nama malaria. Jerantut sekarang banyak nyamuk sebab longkang-longkang tidak dijaga dengan baik. Bertakung air nyamuk banyak bertelur dan menetas. Bila senja nyamuk tak boleh tampar seekor demi seekor lagi. Melainkan pakai lurut sebab yang hinggap pada betis dan lenggan berpuluh ekor.

Hari ini puteri sihat sikit bolehlah komen fasal gejala rasuah dikalangan manusia yang ada kuasa.

Pada fikiran puteri orang melayu sahaja rasuah sebab selama ini kaum lain dakwa bila rasuah sahaja mereka tuduh pegawai-pegawai melayu. Kakitangan awam rasuah. Jadi puteri pun fikir betul juga kata mereka sebab tertanam setiap hari begitu.

Tetapi bila Tun Dr Ling Liong Sik dan Datin Paduka Oi Choo Phang diseret kemahkamah kerana skandal PKFZ dan pemecatan seorang ahli majlis perbandaran DAP diSelangor telah mengubah persepsi puteri bahawa rasuah ini adalah hubungan antara kuasa dan manusia.

Manusia bila ada kuasa akan berpeluang membuat 'habuan peribadi' tidak mengira ia dari kaum apa, bangsa apa, agama apa, kelulusan apa dan kebesaran nama apa. Itu yang tertangkap, yang terlepas masih dikira belum besalah lagi dan masih berjalan lancar. Seperti orang bawa motosikal tiada lesen memandu. Ditangkap salah tidak ditangkap tidak salah.

Begitulah juga Dato Sri Anwar Ibrahim semasa dalam kerajaan dahulu semua orang tahu dia memenuhi kepentingan diri dan kroni-kroninya dengan berbagai cara. Tak payahlah puteri sebut satu-satu tapi orang semua tahu. Tapi diluar kerajaan tuduh orang kerajaan rasuah bermati-matian. Sebab dia fikir semua orang kerajaan buat macam dia dulu. Seorang pencuri dia anggap orang lain pencuri juga. Perasan. Tuduh orang lain rasuah dan salah guna kuasa, dia kena penjara kerana tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Apa ertinya ini semua?

Baik, kalau begitu tidak adil jika tuduh rasuah hanya pada satu bangsa sahaja. Puteri sangat benci lidah bercabang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan