LAYAN DIRI

Selasa, 27 Julai 2010

TREND MEMASUKAN BENDA HARAM KEPADA PELANGGAN ISLAM

NEKAD JANGAN MAKAN DI KOPITIAM


Trend memasukan benda-benda haram kedalam ramuan masakan untuk dihidangkan kepada umat islam    semakin menjadi-jadi di restoran ala kopitiam diseluruh negara dengan berbagai jenama restoran moden rangkaian franchais.


Dengan berlakunya kes pemuda makan katak akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengusaha restoran berkenaan, sahlah bahawa selama ini ramai terperangkap dengan restoran seumpama ini dengan hidangan makanan yang diharamkan oleh islam.

Diragukan juga bahan makanan daripada ayam yang tidak sembelih secara sempurna mengikut cara islam berluasa kerana ia diluar kawalan pihak berkuasa.

Mereka juga berani meletakan lebel halal Jakim walaupun bukan kelulusan Jakim. Jika tidak timbul kes-kes seperti makan katak itu sudah tentu perkara ini berterusan.

Tidak heran jika meletakan daging babi, biawak, anjing, kala, jengking untuk dihidangkan kepada umat islam kerana tidak pernah siapa bertanya atau jika bertanya pun kita tidak dapat membeza antara daging kerbau,lembu atau kambing.

Setengah restoran seumpama itu daging babi atau lain-lain makanan tidak halal adalah perkara biasa disimpan bercampur baur dengan daging kerbau, lembu, kambing, ayam atau makanan laut didalam peti sejuk restoran berkenaan sebagai stok sementara.

Sebilangan besar dari pekerja-pekerja direstoran berkenaan dari warga negara asing yang tidak berapa sensitif dan mereka adalah pekerja yang hanya mencari makan serta kurang peduli hal-hal halal haram ini.

Perkembangan makan minum di restoran franchais ini sudah sampai kebandar-bandar kecil diseluruh negara dan telah menjadi restoran pilihan anak-anak muda kerana mereka menyediakan kemudahan internet, nampak ekslusif serta selesa.

Disebalik keselesaan dan keindahan itu, tidak terfikir bahawa ada suatu perangkap yang dipasang untuk umat islam. Rasa hormat terhadap pantang larang umat islam itu sudah kurang kebelakangan ini diMalaysia.

Oleh itu masyarakat islam harus bertekad mengelak perbuatan khianat  tersebut dengan mengambil langkah tidak memasuki restoran berkenaan kecuali pengusahanya sahih terdiri dari umat islam.

Puteri tak daya betul serata-rata hati bercabang.


"PUTERI SUKA MAKAN PATIN TEMPOYAK RESTORAN LOKMAN ( L & L RESTORAN)"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan