LAYAN DIRI

Sabtu, 26 Jun 2010

PUTERI DESAK FELDA AMBIL TINDAKAN MAHKAMAH TERHADAP MAZLAN ALIMAN

REPOT POLIS FELDA MENYELEWENG REZAB TUNAI

Puteri UMNO Jerantut desak Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan Alimin dan rakan-rakannya dalam DAP-PKR-PAS kerana memfitnah Felda menyeleweng rezab tunai Felda menyebabkan menurunnya aset tersebut. Mazlan Alimin telah mebuat repot polis di IPD Temerloh bahawa felda menyeleweng tetapi tanpa bukti yang kukuh dan secara rambang sahaja ( rujuk blog Aku yang Gambi ).

Jika Felda mendiamkan diri, perkara ini akan menjejaskan imej Perdana Menteri dan Ahmad Maslan yang mewakili kerajaan serta seluruh warga Felda dimata rakyat.  Tindakan ini juga bagi membersihkan nama baik Felda dan kerajaan Malaysia. Sekiranya Felda tidak melakukan sedemikian ini bermakna apa yang didakwa adalah benar dan mempengaruhi pemikiran seluruh rakyat dan warga peneroka.

Tindakan ini juga selari dengan apa yang disebut oleh PM diBagan Dato' tempuh hari. Jika tidak isu ini bertapuk dikepala rakyat dan akan dieksploit habis-habisan oleh penentang kerajaan sehingga pilihan raya umum. Tidak ada jalan lain bagi Felda membersihkan nama baik dan intergritinya.

Felda juga didesak mengadakan penerangan melalui berbagai cara untuk menerangkan kepada peneroka apa sebenarnya dibelanjakan sejak beberapa tahun kebelakangan yang lalu supaya peneroka lebih jelas dan memahami kemana wang itu dimanfaatkan.

Puteri mahu peneroka yang kurang ajar dan tidak mengenang budi itu diberi pengajaran yang cukup supaya 'gila' mereka itu tidak berjangkit dan mana pihak yang cuba memfitnah akan berhati-hati lain kali. Bukti repot polis itu sudah cukup bahawa fitnah dari pihak durjana dan subbersif memporak perandakan pemikiran masyarakat Felda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan