LAYAN DIRI

Sabtu, 26 Jun 2010

Puteri tak puas hati pada Felda

FELDA DIDESAK SAMAN PENGKHIANAT PENEROKA

Puteri UMNO tidak berpuas hati Felda hanya mengambil tindakkan undang-undang kepada akhbar Suara Keadilan yang merangkumi defendennya pemilik,ketua pengarang, Zahid Ibrahim, Tan Kee Kwong, Suhaimi Said dan Wahid Endut sebagaimana dilapurkan oleh utusan Malaysia hari ini.

Tindakkan saman juga mesti dilakukan kepada Mazlan Alimin dan rakan-rakannya yang membuat lapuran polis di IPD Temerloh supaya mereka bertanggung jawab terhadap kenyataan mereka. Jika mereka terlepas pada masa hadapan mereka akan dialatkan lagi oleh pihak yang cuba mengeruhkan fikiran peneroka.

Perbuatan khianat dan alat subbersif ini tidak dibiarkan lepas begitu sahaja kerana mereka harus diajar secukupnya supaya lain kali berhati-hati menuduh mesti mempunyai bukti yang cukup sebagai fakta.

Saman yang berasingan harus dilakukan kerana mereka menjadi 'barisan hadapan' kepada tokoh-tokoh diatas dan puteri percaya ini bukan kali pertama mereka lakukan sifat kurang ajar dan tidak mengenang budi semikian. Inilah satu jalan untuk felda membersihkan nama kepada rakyat Malaysia. Felda juga didesak tidak teragak-agak, sambil lewa dan cuai sepanjang pembersihan nama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan