LAYAN DIRI

Isnin, 21 Jun 2010

AKHLAK BAIK SYARAT TANDING BUKAN ISLAM PRU 13

AKHLAK BAIK SYARAT TANDING BUKAN ISLAM  PRU 13

Hj Hadi Awang Presiden Pas telah menghistiharkan bahawa kaum bukan Islam yang menyokong Pas boleh bertanding sebaris dengan calon Pas dimana-mana kawasan yang tidak ditandingi oleh Pas pada PRU 13 nanti. Pengistiharan ini dibuat dalam Muktamar Pas ke 56 diKota Bharu baru-baru ini.  Dengan tawaran ini telah menjadikan Pas sebagai parti semua kaum diMalaysia. Perubahan dasar ini atas kesedaran Pas tidak boleh bergantung selama –lamanya kepada Pakatan Rakyat yang sangat longgar itu.

Bagaimana pun Pas meletakkan syarat kepada bukan Islam yang ingin bertanding atas tiket Pas. Satu, mereka mesti bersetuju dengan dasar perjuangan Pas. Dua, calon-calon mestilah terdiri dari akhlak yang baik.  Ketiga, syarat lain belum ditentukan lagi termasuk bai'ah menceraikan isteri.

Calon lain kena bersetuju dasar perjuangan Pas untuk menjadikan 'Islam' sebagai alat untuk menang. Akhlak yang baik itu apa?. Dalam islam akhlak yang baik itu tidak boleh minum arak, zina, judi,  berbohong, makanan yang halal, menyembah bahala, bertenung nasib dan tidak boleh bawa lari anak orang serta lain-lain.

Apa yang bukan Islam dapat sebagai cagaran Pas? Pas memberi tahu bahawa bukan islam dapat 'sehelai bendera Pas' sebagai modal untuk bertanding sebagai lambang dalam PRU 13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan