LAYAN DIRI

Jumaat, 2 Julai 2010

MELETUP - PERTAMA KALI DENGAR ZAHID HENTAM ANWAR LIDAH BERCABANG

KEBENCIAN ZAHID PADA ANWAR MULA BERPUTIK

Pertama kali puteri mendengar dari mulut Dato' Sri Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO menghentam Anwar Ibrahim secara terbuka atau tertutup. Sebelum ini, Zahid tidak pernah membuat komen terhadap Anwar kerana budi Anwar yang terlalu banyak kepada beliau. Puteri menganggap DS Zahid adalah orang yang paling akhir percaya bahawa Anwar lidah bercabang.

Dalam memelihara persahabatan dengan Anwar, DS Zahid sanggup hilang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia satu ketika dahulu apabila didesak supaya menyokong Dr.Mahathir yang telah memecat Anwar pada tahun 1998, oleh majoriti ahli pemuda seluruh Malaysia. Sejak itu dia tidak komen apa-apa pada Anwar hinggalah hari ini kenyataannya didada akhbar utama DS Zahid mengatakan Anwar lidah bercabang-cabang.

Terlalu sukar untuk DS Zahid percaya Anwar lidah bercabang sehingga puak-puak Yahudi Amerika sendiri mengakui Anwar bukan kawan yang boleh dipercayai kerana pendiriannya mudah berubah apabila mengutuk gerakan 'Zionis' kerana kemarahan Anwar kepada APCO yang membantu Malaysia merencanakan dasar perdana kerajaan pimpinan YAB DS M. Najib Tun Razak. Yahudi terlalu marah Anwar bermuka-muka sedangkan selama ini mereka membantu Anwar apa sahaja yang dimintanya untuk naik dalam politik. Termasuk 'grooming' Anwar diperingkat internasional.

DS Zahid jangan pula menjilat ludah sendiri selepas ini. Jika dah hentam teruskan sampai habis, kerana puteri tak suka sangat pemimpin lidah bercabang-cabang. Dato' Sri Zahid Dengarlah lagu diatas( awas! klik PC tu sensorang, jangan suruh setiausaha, segan awak menteri !Anwar suka lagu ini). Lidah lelaki ramai bercabang yang puteri tak tahan.

1 ulasan:

  1. salam perjuangan...

    rasanya Ds Zahid memang selalu dikaitkan kerana mendiamkan diri seolah sekutu rapat Anwar aljubri... perlu kita ingat dalam usaha Anwar menjadikan lebelnya di popularkan sebagai ulama yg patut dibela didunia.

    sebenarnya pemimpin banyak yg menjaga kerusi masing-masing dari panas walaupun sudah di terjemahkan rakyat dlm kertas undi di pru 12 yg lalu. Ds Zahid sebenarnya berjuang berseorangan kerana ramai yang takut kerusi nya panas

    jadi kita lah sebenarnya yang meyambung hasrat dan suara rakyat sebagai Blogger yang menjerit, jadi jgn takut menjerit dik! kerana diamas sekarang memekik ke telinga mereka lebih baik dari merenung utk bagi signal

    dan satu lagi rasanya sudah cukup baik kalau seorang lelaki yang ada lidah perang demi bangsanya dari beribu lidah bercabang seperti yang adinda puteri serikan

    insyallah selagi ada jalan perjuangan demi melayu

    BalasPadam