LAYAN DIRI

Selasa, 9 November 2010

PKR SENDIRI KATA ANWAR LIDAH BERCABANG

sama tak dengan yang dalam youtube diatas



Puteri ketawa besar bila Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil buat kenyataan Akhbar hari ini keluar dalam berita Jam 1.30pm kata Anwar dan Azmin Ali punca PKR terbalik dog kerana lidah bercabang mereka. Puteri puas hati rasa perjuangan puteri menentang pemimpin lidah bercabang sehabis upaya.

Puteri betul-betul benci pemimpin lidah bercabang-cabang. Kerana orang ramai akan jadi mangsa atas perbuatan keji itu.

Di Jerantut ini juga ada pemimpin lidah bercabang. Bukan saja lidah bercabang tapi otak bercabang.

Cakap banyak dan pembohong. Dia kata puteri ini buat blog tanpa setuju umno Bahagian.

Dia tak faham apa, siapa boleh buka blog.  Kalau semua nak minta kebenaran UMNO yang tak tau apa-apa tentang blog pakat mati sama lah.

Ahli puteri ada beribu orang. Bebas buka blog. Tidak semestinya kebenaran ketua puteri bahagian.

Cuba tengok kat atas itu. Nada puteri umno jerantut.  Bukan Nada puteri UMNO Bahagian Jerantut. Lagi pun kami bantu Kp3 kamilah, apa yang takut sangat ?.

Kalau nama nada puteri umno bahagian jerantut barulah kuasa ketua puteri.

Mengapalah bodoh sangat pemimpin otak bercabang tu. Kalau tak tau jangan cakaplah. Kalau buka blog macam kucing beranak tu tak payahlah bising sangat.

Cakap banyak isi kosong. Buah labu pun ada butir .

Ahad, 31 Oktober 2010

GALAS - PUTERI BENCI RAJA FITNAH



Puteri sudah kata, puteri sangat benci kepada pembuat fitnah. Fitnah lebih bahaya dari membunuh. Mengapa Nik Aziz yang bertopengkan Islam terlalu suka membuat fitnah.

Puteri tetap berjuang menentang lidah bercabang. Kerana lidah bercabang boleh jadi manusia bercelaru. Kalau orang seperti Nik Aziz yang lidah bercabang itu ramai diMalaysia bukan saja bercelaru tapi umat Islam ramai jadi sesat.

Dulu anak Nik Aziz selalu marah bila orang kata PAS dan ayahnya lidah bercabang dan mengembangkan ajaran sesat, sekarang dia senyap mungkin sudah percaya kot.

Kempen di Galas mereka minta dari rumah kerumah supaya mengundi PAS. Jika undi PAS masuk Shurga.  Amboi sedapnya cakap, tak payah amal rukun islam tapi hanya undi PAS saja ada tiket masuk shurga. Wah.. dia sudah jadi Tuhan ke?. Lihat.. itulah ajaran sesat. 

Nik Aziz raja Fitnah nombor satu kalau tak percaya SILA BACA SINI

Selasa, 26 Oktober 2010

AKHIRNYA GADIS LARI PUTUS TUNANG



Puteri dah jangka hanya tak mau sebut awal-awal sahaja. Akhirnya Rozaliya putus tunang dan hantaran RM3000 serta cincing dipulangkan kepada keluarga tunangnya Helmy.

Eluklah dah gempar sangat. Bagi Helmy bunga bukan sekuntum. Carilah yang lain. Ada hikmah lah itu. Kalau terus juga mungkin ada sesuatu yang tak baik jangka  panjang. Tak ada jodoh nak buat macam mana. Kalau ada jodoh laluan pasti mudah.

Jodoh punya hal kadang-kadang dah duduk atas sejadah nak akad nikah pun boleh tak jadi. Itu kita kena percaya.

Tapi tak tau lah puteri antara mereka tu sapa yang lidah bercabang. Puteri tak memihak mana-mana.  Yang buat gemparlah itu agaknya. Lantak lah.

Khamis, 21 Oktober 2010

GADIS HILANG DITEMUI DIBUKIT BINTANG KL.


Puteri merasa lega bila gadis 20 tahun yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, Rozaliya Mat Lazim telah ditemui di Buki Bintang Kuala Lumpur tadi. Gadis itu telah dihantar pulang kepada keluarganya.

Tiada unsur-unsur jenayah berlaku. Dia dikatakan menaiki bas seorang diri dan bekerja di Kuala Lumpur selama dua hari. Terima kasih puteri kepada Polis yang berusaha mengesan kehilangan tersebut. Kes dianggap selesai.

Tetapi puteri agak hairan mengapa Rozaliya lari  tanpa memberi tahu tunangnya dan berkerja pula ? adakah gadis itu sudah bersedia untuk kahwin ? Bukan apa tentu ada masalah hingga menyusahkan ramai orang. Semoga bila dia kahwin esuk pasailah hendaknya.

Ke lidah bercabang juga ?

Isnin, 18 Oktober 2010

GADIS HILANG TIKA BELI BELAH

                  ROZALIYA MAT LAZIM

BANDAR CHENEH BARU: Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 12 November ini dilaporkan hilang dipercayai diculik ketika membeli-belah di bandar Kuantan, Pahang, Rabu lalu.



Mangsa, Rozaliya Mat Lazim, 20, dikatakan keluar dari rumah keluarganya di bandar ini, bersama tunangnya untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi. Selanjutnya sila KLIK SINI

Sehubungan dengan itu sesiapa yang menemuinya atau mendapat berita harap hubungi  IPD Kuantan 09-5132222

Puteri mengingatkan rakan-rakan jangan keluar sensorang kalau kemana-mana. Jika ada yang lelaki yang mengganggu jangan cepat terpaut dan mudah percaya. Kalau ada keraguan cari tempat yang selamat dan tempat yang ada orang boleh berlindung.

Sekarang ini ramai sangat orang lidah bercabang, berhati-hati.





Sabtu, 18 September 2010

PUTERI BENCI LEE KUAN YEW


Puteri merasa benci kepada Lee Kuan Yew yang mulut celupar terhadap Malaysia. LKY  campur tangan dalam  negara dan tidak menghormati majoriti rakyat Malaysia.


LKY  mengata dulang paku serpih. Seluruh dunia tahu bahawa LKY dan Kerajaan Singapura meminggir kaum minoriti di Singapura dalam semua segi.


Bukan sahaja meminggir kaum minoriti malah mengawal supaya hidup beragama juga supaya tidak subur khususnya umat Islam.  Kaum minoriti usahkan diberi peluang dalam kedudukan politik  malah ditindas secara halus dengan memecahkan kelompok mereka.


Perkampungan Melayu diSingapura sudah tidak wujud lagi melainkan mereka dipecah-pecah tidak boleh bersosial sesama kaum sendiri  walaupun mereka minoriti.


Umat Islam jika berkumpul ramai-ramai untuk majlis tahlil  pun dikawal oleh polis. Sebenarnya disingapura usaha penghapusan etnik secara halus berlaku berterusan hingga melayu tidak boleh dikatakan melayu lagi kerana mengamallkan cara hidup bukan melayu. 


Didalam perkhidmatan awam minoriti tidak diberi peluang. Jika ada mereka tidak ada peluang meningkat. Didalam tentera juga begitu.

Cabaran terhadap golongan minoriti sangat besar diSingapura dan mereka menjadi masyarakat kelas ketiga kerana kelas kedua diwakili penduduk asing. 
                              
Puteri sangat benci kepada LKY kerana lidah bercabang.  Sendiri buat tapi tuduh orang lain. Hipokrit punya situa bangka.

LKY dan bangsa Singapura suka mengambil kesempatan untuk menghimpit kawan jika mereka rasa kawan itu dalam kesempitan. Itulah sifat bangsa Singapura yang puteri benci sekali. Menikam belakang.

LKY adalah lidah bercabang nombor satu di kalangan negara-negara Asean.

Jumaat, 27 Ogos 2010

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PUTERI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA IBU BAPA ADIK KAKAK. JIKA ADA SALAH DAN SILAP PUTERI MOHON AMPUN DAN MAAF
SELAMAT BERJUANG DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA